Thursday, September 10, 2009

Blog ku yg semakin usang~

Hahahaha....makin hari makin malas plak aku nak update blog aku nih

Agaknye makin busy kot, pastu xde benda nak dikongsikan kat blog aku ni

Sedih gak aku tgok blog aku nih, brhabuk gler~

Sape2 bole tolong updatekan x?? =p

Pape pun, aku nak ucapkan selamat berpuasa, berbuke n hari raye skaligus

Kalau aku ade buat open house ke aku heboh2 la kat sini yerk...=p Chow!

Friday, August 7, 2009

Cerita Baru!

Assalamualaikum w.b.t~

Lame btol aku x update blog aku ni, dah berhabuk jadinye aku tinggalkan...huhu... Arini aku citer la ape yg aku rase aku bole taip utk korang sumer...

16 Julai lepas, aku dah masuk balik U utk sem 3. Agak bosan sebab dah lame sgt duduk kat rumah brsenang lenang dgn internet, tv dsbgainyer. Balik je hostel terus mati akal sebab internet n tv dah xde, sbb tu la aku xleh nak update blog aku ni...huhu... Pasal result sem 2, menurun la plak. Kali ni aku dapat 3.84, turun 0.08 dari sem 1. Tapi xpe, asalkan aku x fail...syukur2...heheh... Utk sem 3 nie, aku rase subjek2nyer brtmbah tough dari sem2 lpas, mmg ade potensi utk mncabar kredibiliti aku sbgai seorg student engineering. Tapi yg penting kena study sebaik mungkin... Insya-Allah~

Cakap pasal H1N1 yg tgah kecoh skang ni, makin hari makin bnyk U yg kena tutup, baik UiTM, poly, sekolah2 dan lain2. Mulanya aku pun mcm rase best je kalau dpt cuti, tapi bile dipikir balik, cuti raya nnti gerenti kena potong utk digantikn dgn cuti due to virus H1N1 nie. Actually, UniKL MIAT pun dah ade student jd suspek virus bodoh ni, tapi still x kata kena tutup. Aku harap sgt U aku x kena tutup, duk umah pon nak buat ape, baik aku blaja...haha... Aku plak dah kena selsema, cuak la gak, tp aku rase ini just selsema biase2 jer. Kepada semua org yg terkena virus tu, aku doakan agar anda semua cpat sembuh... Insya-Allah~

31 Julai aritu, for the 1st time aku join g hiking Gunung Ledang. Aku join sbb nk dpt pngalaman daki2 gunung, n then ramai geng aku yg join skali, so x la rase bosan nnti. Agak 'sakit' la nak sampai puncak, dalam 5 jam lbeh kot baru sampai, blom nak turun lagi kena 4 jam lbeh lagi. Tapi alhamdulillah, pndakian kitorg xde pape masalah, semuanye brjalan dgn lancar...huhuhu... Aku malas la nak letak gambar kat blog ni, korg tgok la kat facebook aku ye kalau nak tgok...hehehe... Aku rase sampai sini jela aku leh citer, aku da xde bahan dah nak taip nie. Chow dulu... Assalamualaikum~ =D

Tuesday, July 7, 2009

Layu

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya melayu ke kanan

Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri


Aku lihat layu dalam Melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa


13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya-raya

Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Takkan Melayu hilang di dunia

Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Aku jadi sayu

Bunga menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai


Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai...

Thursday, July 2, 2009

Galacticos II - Menjadi Atau Tidak?

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid kini dalam usaha untuk membentuk Galacticos II dengan membeli beberapa pemain ternama dunia, tapi adakah dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia, kejuaraan dapat dicapai?


Baru-baru ini Kaka, Cristiano Ronaldo, Raul Albiol dan juga terbaru Karim Benzema telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid. Sasaran seterusnya adalah mungkin pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery yang juga telah menyatakan hasratnya untuk menjadi ahli Galacticos II sekiranya dia keluar dari Bayern Munich. Penyerang sensasi Valencia, David Villa juga dikatakan menjadi buruan Real Madrid.


Dalam usaha membentuk pasukan terhebat dunia, Real juga sedang berusaha untuk menjual pemain-pemain mereka yang dianggap tidak lagi diperlukan seperti Ruud van Nistelrooy, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan lain-lain yang kini menarik minat seluruh kelab-kelab ternama di seluruh dunia.


Tetapi, adakah dengan hanya mempunyai pasukan yang dianggap hebat dan digeruni, Real terjamin untuk memenangi Liga Sepanyol mahupun Liga Juara-Juara Eropah? Tentu sekali tidak. Faktor keserasian antara pemain adalah lebih penting. Jika tiada keserasian, agak sukar untuk sesebuah pasukan untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa yang lama. Latihan, strategi dan corak permainan yang diaturkan jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk skuad yang mantap. Real dalam beberapa tahun ini kerap kali bertukar jurulatih dan kini telah melantik jurulatih Chile, Manuel Pellegrini yang sebelum ini menguruskan Villareal.

Beliau telahpun berjaya membawa kelab lamanya menjadi antara kelab ternama di Sepanyol dan juga di Eropah, dan kini diberi tanggungjawab untuk meneraju Real Madrid pada musim ini. Adakah dengan reputasinya sebelum ini dapat menjamin kejayaan Real, atau pun beliau juga akan mengikut jejak langkah bekas-bekas jurulatih kelab tersebut? Musim baru bakal bermula dalam lebih kurang sebulan lagi. Sama-samalah kita lihat samada Real bakal berjaya ataupun sebaliknya. Sekian...Peace!

Monday, June 29, 2009

Cuti-cuti di Langkawi

From 22-25 Jun, kami berenam (aku, Berg, Tariq, Buu, Pa'an, Essot) telah 'menjajah' Langkawi dengan jayanya. Semua tempat kitorg g kot! Penat gler tapi best lah. Duit pun keluar jek mcm air paip, tiada lagi sifat saving dlm diri kat sane....hahaha... Aku pun mcm malas la nak taip banyak2, tengok jelah gmbr2 ni...hehehe...














Sunday, June 21, 2009

Off to Langkawi

Assalamualaikum~

Esok aku akan berlepas ke Langkawi untuk cuti2 Malaysia...hehehe...


Doakan aku dan rakan2 selamat pergi dan pulang
eh

Nanti bila aku balik aku post la citer aku kat Langkawi yer
..hihi

Gudbye~ Wassalam~:)

Tevez Out, Benzema In?




Carlos Tevez telah tekad untuk tinggalkan Man Utd walaupun kelab itu telah pun bersetuju dengan bayaran perpindahan Tevez yang bernilai 25.5 juta, kontrak 5 tahun dan juga mampu menjadi antara penerima gaji termahal di Man Utd. Tapi Tevez tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke kelab lain yang kini dikaitkan dengannya seperti Man City dan Chelsea. Oleh itu, Sir Alex Ferguson kini terpaksa mencari penyerang baru dan sasaran terkini ialah penyerang Lyon, Karim Benzema.

Benzema dikatakan sudah menjadi sasaran Man Utd sejak musim lalu dan dia juga diburu oleh kelab-kelab besar yang lain seperti Barcelona, Arsenal dan Real Madrid. Tetapi Lyon menyatakan bahawa Benzema berkemungkinan besar akan menyertai Man Utd jika kelab itu mendapat tawaran yang lumayan memandangkan Man Utd bersetuju menjual Ronaldo ke Real Madrid dengan rekod perpindahan 80 juta. Adakah Benzema akan menggantikan Tevez di Man Utd? Sama-sama lah kita tunggu...=p

Monday, June 15, 2009

20???



20?? Ape kena mengena nombor 20 dengan aku??

Oh...baru aku perasan...

Rupe2nyer arini birthday aku yang ke 20 tahun!!

Hahahaha....

Dah tua dah aku ni yer...

Pasni boleh la kawin....harharhar~

Kawan2 di luar sana, rajin2 la wish aku ek!

Thanks kat kawan2 yang dah wish kat aku, korang mmg mmber sejati...huhuhu

Friday, June 12, 2009

Finally....


Aku dah abis final exam la weh!! Setelah sekian lama menempuh pelbagai rintangan dan menahan kesabaran akibat cemburu kerana rakan2 yg lain sudah pun bercuti dahulu, akhirnya dapat pun cuti!! Amik ko!!Yeeaarrgghhh~

Aku di tagged!


Award tagging la pulak yer.... Benda ni dua org yg bagi kat aku iaitu rahman n izni.... So aku x boleh mnghampakan prmintaan dorg nih...huhuhu

Peraturan nak jawab tag ni ialah:


1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

okeh....settle~

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.


memandangkan 2 org yg bagi bnde nih, so aku kena buat utk 2 org la...huhuhu

1st skali encik rahman. dia nih antara mmber aku kat teknik ar, tp aku x ingt la cmner aku start knal die dulu...hahaha... tp yg pnting dia ni same dgn aku in kadet bomba n dak nasyid skolah... x silap aku dia ni hebat gak la, dak uia kan mesti la gempak kan...hehehe

2nd plak ialah cik izni. dia nih mmber tikl aku gak. dia ni pun aku x ingt cmner aku leh kwn dgn die....hahaha... sory la izni yerk. dia ni garang tapi baik ati n bijak bestari....promote gitu...kih3...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. suke tido
2. fast eater (hnya mngmbil masa yg singkat utk mnghabiskan makanan)
3. suke buat lawak mrapu kot....yeker??
4. suke muzik
5. bercita2 nak blaja main drum satu hari nanti (geram plak tgok org ketuk2 drum)
6. masih single (kire fakta la tu kan??)
7. amat giler dalam bab bola sepak (glory2 man utd~)
8. giler tempe n durian (ngap ngap!!)
9. suke brangan...hahaha
10. nak jadi insan yg berjaya di dunia n akhirat...amin~

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.


mangsa2nya adalah.....

a) Fariza Adyani
b) Syazwan Akid
c) Monalisa Mokhtar
d) Ruzaini Rahin
e) Syazana a.k.a Pisey
f) Alymia Nelyza

Sesungguhnya...anda sume telah ditagged!! Yahoo~

Sunday, May 17, 2009

Seksi Dahulu, Seksa Kemudian...

Bila sebut saja seksi, kita akan pk perempuan atau lelaki yg berpakaian menjolok mata atau x cukup kain, dedah sana sini tanpa segan silu dan sebagainya. Ada juga org kata, seksi x semestinya kena dedah sana sini, tapi pada anggota bdn yg tertentu saja seperti mata, bibir dan lain2. Salah sorg kawan aku juga bgtau, kalau seseorg itu paling menonjol di dlm 1 grup, org itula yg paling seksi.

Di sini aku terasa nak buka topik ini sebab aku adala terbaca satu kenyataan dari sorg minah ni, dekat mana tu xperlu tau rasanyer. Tgok gaya pun mmg seksi ar, tapi dia ni xla cantik, mak anda semua jauh lagi cantik dari dia. Katanya di situ, dia suka pakai seksi untuk kepuasan, bukannya untuk nak mnunjuk2. Aku fikir, kepuasan apa yg dia dapat dengan berpakaian seksi? Adakah puas sebab dapat menjadi perhatian ramai? Ataupun puas dapat menanggung dosa yang banyak kerana x mnutup aurat? Katanya lagi, dia ni x cantik (baguslah kalau mngaku) so dia kena la pakai seksi, baru HOT STUFF! Mungkin hot stuff yang dia kata itu merujuk kepada panasnya neraka bila di alam barzakh nanti, maybe pepatah yg sesuai utk situasi ini ialah 'berseksi2 dahulu, berseksa2 kemudian'... Wallahualam...

Sesungguhnya, perempuan perlulah menjaga auratnya seperti yg disarankan iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sahaja. Untuk rambut, hendaklah ditutup dgn tudung, jgn la dipamerkan walaupun sehelai kerana sehelai rambut sahaja terdedah sudah mencukupi untuk menginap di neraka selama 40 tahun, apa lagi kalau dedahkan bahagian2 lain. Sesungguhnya aku bukannye nak buat sapa2 trasa, tapi hanya sekadar mengingatkan. Sebagai muslim dan muslimah, kita harus saling mengingati antara satu sama lain. If ada sapa2 yg trasa, harap dapat dimaafkan, niat aku cuma untuk menasihati sahaja, tidak lebih dari itu dengan harapan kita akan menjadi insan yg lebih baik pada masa akan datang. Peace! Wassalam~

Menuju Final Exam...

Aaarrrggghhh~ Serabut btol nak pk pasal final nih...

Tambah lagi dgn kerja2 yg bertimbun

Lagi nak final, lagi banyak keje nak kena settlekan

Kuiz, assignment, presentation...bla bla bla...

Member2 kat U lain dah bebas dah, cuti dorg pun lame x beragak

Aku kat sini still berjuang utk exam yg tinggal lagi bape minggu saje

Ape2 pun, sebagai seorang bakal aircraft engineer

Aku kena bersemangat so that aku dapat berjaya dgn cemerlangnya

Kpd kwn2 ku di luar sana

Doakan agar aku berjaya utk final nnti

Peace on you! Wassalam~

Juara Juga Akhirnya

Akhirnya penat lelah MU musim ni dah membuahkan hasil kerana mereka telah berjaya menjuarai BPL buat kali ke-3 berturut2 walaupun seri 0-0 dengan Arsenal tadi, tapi satu mata dah memadai utk jadi juara. Kini MU dah pun menang 2 piala dan akan memburu piala ke-3 musim ini iaitu UEFA Champions League menentang Barcelona pada 28 Mei nanti. Harap2 MU dpt menang UCL buat kali kedua berturut2.... HIDUP MU!!!

Sunday, May 3, 2009

Visiting AirAsia Hangar

Setelah bosan2 study, kitorg plan dgn lecturer utk melawat mana2 hangar selain hangar MIAT agar otak kami x terperuk dlm kelas saje, dan target kami ialah konvoi kereta ke hangar AirAsia kat LCCT Sepang. Ini antara gambar2 yg diambil kat sana (sebenarnye dilarang tangkap gmbar kat hangar ni, tapi pedulik hape??)





Say cheeseeee~

Minggu Exam

Assalamualaikum! Lame giler aku x blogging, bz agaknyer, pastu xde idea pulak nak letak citer ape. Sekarang ni semua IPTA serata Malaya nih tgah ada exam final kalau x silap. Tapi U aku je (UniKL MIAT) yg x final2 lagi, Insyaallah bulan 6 aku exam final, ntah apehal la U aku ni lembab nak final. So sekarang ni keje goyang kaki jela kot...huhuhu... Tapi problem gak exam final lambat ni, nanti cuti pulak kejap jek dalam 3-4 weeks, member2 aku cuti sbulan dua... Gilerr ahh! Anyway, aku nak ucapkan gudluck ar kat member2 aku yg tgh final skang ni (aku rase blom trlambat lg kan?? haha), moga2 korang cemerlang. Tapi nanti bila aku final, korang doakan aku plak ye! Hahahaha... Peace~ Wasalam~

Sunday, April 12, 2009

Anfield Kebal? Tak Semestinya....

Match : Liverpool vs Chelsea (UCL Quarter Final 1st Leg)
Venue : Anfield, Liverpool

Liverpool semenjak dua menjak ni dikatakan kebal dan semakin gila gol selepas membelasah Real n MU dengan 4 gol. Dalam perlawanan menentang Chelsea, 4 gol juga telah terhasil, tapi siapa yg mnjaringkan gol itu?

Gol pertama dari Torres

Gol pertama Chelsea dari Ivanovic

"Ambik lagi sebijik!" ujar Ivanovic sambil menanduk bola

"Ahh!! Aku pun nak gol gak!" tegas Drogba

Torres dan Gerrard memikir masa depan sambil diperhatikan Ivanovic tanpa rasa bersalah


Match berkesudahan dgn Liverpool tewas 1-3 kepada Chelsea. Ternyata strategi Guus Hiddink menjadi punca kejayaan Chelsea di Anfield, sekaligus membuatkan Rafa Benitez senyap seketika. Ke aku salah cakap ni? Kalau aku ada salah cakap, tolong la betulkan aku eh... wassalam!

Saturday, March 21, 2009

UCL Quarter Final Draw

Oi! Relax ah cameraman kalau iye pun!

Undian UCL untuk 1/4 final dah pun dibuat pada pukul 7 mlm tadi (waktu M'sia) kat ESPN Sportcenter. Match pertama dapat disaksikan kelab Sepanyol, Villareal akan berjumpa Arsenal. Dua2 team ni bagi aku agak similar, tapi dua2nya ada corak permainan yg berlainan. Dorg ni pernah jumpa kat semi final tahun 2006 di mana Arsenal layak ke final tapi tewas dengan Barcelona. Aku merasakan match ini akan menjadi sengit dan menarik di samping pertemuan Robert Pires dgn kelab lama dia.

Match kedua merupakan pertemuan Man Utd dgn FC Porto, team yang pernah kalahkan Man Utd di Old Trafford semasa di bawah kendalian Jose Mourinho. Porto sekarang ni taklah segempak 4-5 tahun dulu di mana dorg telah jadi juara UCL. Kalau dilihat dari segi kualiti pemain, Man Utd nampak lebih kuat dari Porto dan mungkin mereka boleh menewaskan Porto tanpa menggunakan seluruh kekuatan mereka, tapi seharusnya Man Utd kena berhati-hati dan wajib menghasilkan gol yg banyak di tempat sendiri utk menjamin tempat ke semi final.

Match ketiga pula macam perlawanan ulangan antara Liverpool dengan Chelsea. Dorg ni dah selalu jumpa dalam UCL, season ni pun nak jumpa lagi. Nampak sgt jodoh dorg ni kuat. Liverpool yang sekarang ni semakin bersemangat kalahkan kelab2 besar dan dicop berlagak, akan berjumpa dgn Chelsea yg aku nampak dah improve sikit di bawah manager yg 'magik', Guus Hiddink. Hiddink memang tak boleh dipandang rendah setelah membawa kejayaan pada negara2 yg tak berapa hebat (Korea, Australia, Russia). Aku rasakan match ni juga akan jadi menarik, dan aku tak boleh nak ramal siapa yg akan layak ke semi final.

Last sekali, match antara dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan FC Bayern. Barcelona sekarang tengah top kat Spain dan FC Bayern juga top kat Jerman. Sememangnya match ni agak menarik memandangkan Barca dengan slamber je menjinakkan Lyon, dan Bayern juga sudah terlebih jinakkan Sporting dengan membedal 11 gol agregat. Match ni jugak aku tak boleh ramal sapa pemenangnya sebab dua2 sama2 hebat, kuat dan gempak. Apa2 pun, kita tunggu dan lihat siapa yg layak ke semi final. Wasalam~

Sunday, March 15, 2009

Oh No Man Utd...!!

Eleh dah gol buat muke poyo plak~

Gol Torres... Alalala suke la tu dpt gol....

Adehh... Team faveret aku, MU kena belasah dgn seteru utama dorg, Liverfool...huhuhu... Kalau kalah tipis tu xpe la gak, ini kena 4-1 terus?? Apa dah jadi ni MU? Kat home plak tu kalah, sedih aku sbagai pnyokong kuat MU..huk3... Mula2 dah ok leading, gol penalti by Ronaldo. Tibe2 jer dorg lead balik 2-1 goal by Torres n Gerrard. After half time, free kick Aurelio plak gol lepas Vidic kena buang. Dan akhirnya, Dossena gol n skaligus jadi pelengkap kmenangan Liverfool kat Old Trafford... X silap aku agak lame dah Liverfool x menang kat OT. Tapi xpe, hari ni hari korg, esok2 hari kitorg balik...hehehe... Dan yg penting, MU still akan jadi juara season ni! Yeeaarrgghhh!!! Glory glory Man Utd!!


Friday, March 13, 2009

tagged by rhmn

Oh nmpaknye aku ditagged skali lagi. Kali ni rahman si pendek plak tag aku slepas aku tag dia bbrapa mnggu yg lpas..huhu.. Pape pun, kita layan jer~ hehehe...


Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-


1. What is your name :Ahmad Nazrin bin Shaharuddin (sedap gler name aku...hahaha)
2. A four letter words :
Ayam (makanan kegemaran...huhu)
3. A boy's name :
Ahmad Nazim (adik aku laa)
4. A girl's name : Adiratna (tringat plak kat mmber lame..hehe)

5. An occupation : Ahli nujum (pkerjaan kan?)

6. A color : Ade ke warna start dr A??

7. Something you'll wear : Adidas shirt...

8. Something found in school: Abang kantin...haha

9. A food : Ayam goreng

10. Something found in the bathroom :
Air la... name pun bathroom...
11. A place : Ayer Keroh

12. A reason for being late :
Aaaaaaaaa..... (tgh pk alasan...)
13. Something you'd shout : Ahhh!!! Sudah la ko!

14. A movie title :
Ali Setan
15. A musical group : Alleycats (terima kasseyyy!!!)

16. A street name : Ampang Street

17. A type of car : Toyota Avanza...hehehe

18. The title of a song : Andainya Aku Pergi Dulu by Alleycats...trima kasseeyyyy!!!




Tugas aku dah selesai...mangsa sterusnya adalah....:-
1. Ally TiKL
2. Ija Jr TiKL
3. Kidd
4. Pisey

Friday, February 20, 2009

tagged by ija

1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to the 6th folder of photos
3. Go to the 6th picture in that folder

4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged..



DESCRIPTION: Setelah aku ikut arahan ntah pape kat atas nih, ni la gmbar yg aku jumpe. Gmbr ni aku amik kat UniKL MIAT (tmpat aku blaja skang). Mase ni aku tgh tnggu mmber aku g tandas, dan di saat itula aku rasa mcm nak test kmera fon aku, after that aku pon... SNAP!! Dpt lah gmbr ni haa... Gmbr ni xyah nk terang lbeh, dah tertulis 'REST ROOM' tandanya ini adalah signboard utk ke bilik rehat...(dgn slamber dan kondifennyer aku mnerangkannyer...)


6 org yg akan ditagged... Calon2nya adalah! :-
1. pisey
2. mell
3. rahman
4. ally
5. anep
6. em kidd

Sunday, February 8, 2009

Memori Nasyid TiKL


Semegah angkasa melebar sayapnya
Nur iman di dada melakar gemanya
Tampilnya hijrah melimpahi gerhana
Detik kemajuan Islam berjaya

Wahai umat segeralah bertaubat
Hindari diri dari dosa noda
Hindarilah dari syaitan durjana
Moga mendapat rahmat dari-Nya

Sedarlah insan
Teguhkan iman
Sisipkan mahmudah dalam jiwa
Bangkitkan Islam tercinta

Hidup ini penuh pancaroba
Dosa pahala tiada bezanya
Hiasi akhlak sifat Rasulullah
Tetapkan akidah capai matlamat

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah...



Halamak... Tringat balik zaman nasyid Soutul Zihab II dulu2 kat TiKL. Aku ingt lagi geng2 nasyid aku yg seramai 15 org trmasuk aku ni ha - Ku Alip, Muaz, Budi, Anep, Muhaimin, Marzuki, Rahman, Ghaus, Jijol, Zharif, Nik, Hafiz, Ustad n Mitoy... Korg mmg best la... Weyh bila kita nak kumpul balik? Jom la kita buat album sbijik dua...hahaha

Monday, January 26, 2009

Mari Memboikot!


Inilah senarai antara produk2 Yahudi Laknatullah yg giat dipasarkan ke seluruh dunia. Boikotlah produk2 ini selagi boleh demi keamanan saudara2 kita di bumi Palestin... Insya-Allah....

Saturday, January 24, 2009

Darah Terus Bersimbah di Palestin

Tiada gambaran dan perkataan yang dapat diberikan untuk menilai kekejaman dan kerakusan Israel berikutan keganasan terbaru yang dilancarkan mereka kepada penduduk Palestin.

Kekejaman mereka kali ini umpama mendendangkan kembali lagu lama yang dijadikan alasan untuk melancarkan perang terhadap penduduk Palestin yang sememangnya tidak memiliki sebarang keupayaan untuk menyerang balas.

Impian untuk menduduki dan memiliki wilayah Israel merdeka dengan mengorbankan rakyat Palestin yang tidak berdosa sememangnya tidak pernah luput dari matlamat mereka selama ini.

Sekian banyak alasan dan dakwaan dinyatakan untuk membenarkan kekejaman mereka berterusan termasuklah menjadikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai boneka tunggangan mereka.

Bangsa Israel telah terbukti hebat! Keupayaan mereka dalam berurus niaga, merancang strategi dan kewangan sekali gus mengawal dunia secara belakang tabir sememangnya terbukti unggul.

Namun darah pembunuh dengan sifat antagonis yang meluap mengakibatkan kehebatan mereka ini terkubur tanpa sebarang makna.

Sejak bermulanya sejarah kekejaman mereka terhadap penduduk Palestin pada 14 Mei 1948, pelbagai alasan dan fitnah ditebarkan untuk menafikan kekejaman yang telah dilakukan.

Gagal

Pelbagai perang, konflik dan perjanjian damai telah dimeterai namun ia gagal merobek keegoan Israel untuk menilai kembali kekejaman dan pertumpahan darah yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Apakah nasib mereka yang tanahnya dirampas, kehormatan dan kedaulatan yang dicabul, penduduknya dibunuh dengan kejam tanpa mengenal usia dan jantina akan terus diperkotak-katik atas nama kerakusan dan keegoan bangsa Yahudi yang tidak pernah penat melakukan kekejaman.'

Apabila Israel sekali lagi melancarkan kekejaman mereka bermula Sabtu lepas, sememangnya tidak ramai yang meloncat, tiada kejutan, tiada keluhan, tiada lagi tangisan.

Watak sebenar Yahudi kembali mewarnai dunia seperti yang pernah berlaku sejak sekian lama sebelum ini.

Drama bacul PBB dan Amerika Syarikat (AS) sebagai badan pengawas dan polis dunia sekali lagi ditayangkan kepada tontonon dunia.

Dunia hanya mampu mengecam dan terus mengecam tanpa sebarang tindakan dan langkah yang mampu menyelesaikan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.

Akhbar sekali lagi akan terus melaporkan kekejaman yang berlaku dengan pelbagai gambar mangsa keganasan dipertontonkan untuk tatapan dan ratapan orang ramai.

Umat Islam di seluruh dunia hanya mampu meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini melancarkan protes, mengadakan bantahan, menyerahkan memorandum, menghantar bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi.

Semua tindakan ini telah dilakukan dan sekali lagi berlaku tanpa banyak perubahan yang nyata.

Sehingga kini lebih 500 penduduk Palestin telah terkorban dan ribuan lagi cedera akibat kekejaman Israel.

Nasib penduduk Palestin tetap sama, menjadi kekejaman dan kerakusan oleh golongan manusia yang bertopengkan haiwan bernama Yahudi.

Ratapan demi ratapan dan kekesalan tidak berkesudahan ini tidak mampu merubah apa-apa apa yang perlu semangat dan iltizam yang kuat dan utuh untuk mengubah sejarah dan kerakusan Israel yang boleh mengubah semua drama ini dari berterusan.

Namun sekali lagi kita bertanya kepada diri sendiri dan saudara kita yang beragama Islam, mampukah kita melakukannya.....


P/S - Artikel dipetik dari http://www.ipislam.edu.my



Sem 2 Menjelma


Arrgghh... Dah masuk sem 2, kena start blajar balik! Otak ni dah beku even sbulan je cuti sem aritu. Kelas n ahli2nya still sama mcm sem sbelumnya, agak bosan. Bilangan subjek2nya brtambah dan makin tough, nak kena blaja mandarin plak lagi. Brkenaan result sem 1 plak, lagi sket je nak dpt 4 sbb ade plak trsesat A- dlm result aku. Tapi aku tetap brsyukur gak sbb ni pncapaian trbaik dlm hidup aku buat masa ni... Cewah... Utk sem 2 nie, aku kena dptkan 4 plak. Oleh itu, aku ucapkan slamat blaja kpda diriku sendiri. Wassalam...!

Friday, January 2, 2009

Holiday@Singapore

Assalamualaikum... Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Singapore, 1st time gak ke oversea (oversea la sgt). Nak g S'pore mesti kena buat passport dulu. RM300 satu passport, mahal beb! (tapi dgr cter nak turun harga). Selama aku di S'pore (25-28 Dec), mcm2 yg aku boleh cakap pasal S'pore nie.



Kalau nak dibandingkn dgn Malaysia, S'pore jauh lagi bersih. Agak susah nak jumpa sampah; tepi jalan, gerai makan, longkang, kat mana2 pun. Kalau jumpa tu nasib jelah...huhu... Then, S'pore ni banyak one way (jalan sehala). So kalau xtau jalan tu mmg sesatla jawabnya. Boleh kata tiap2 hari sesat, walaupun ada map. Then, spanjang aku ada kat highway, bersepah saja kereta2 mewah kat atas jalan. Kalau x Mitsubishi, Honda, x pon Toyota. Model kereta pon kbnyakannya yg kita semua x pernah nmpak. Agak loaded la org2 S'pore nih.


Org2 S'pore nie kebanyakannya yg aku nmpak org cina. Melayu agak kurang gak kat sana. Ada saja tempat2 menarik yg aku g kat sana contohnya Orchard Road, Pulau Sentosa, Mustafa Complex n Restoran Hajah Maimunah. Pulau Sentosa - boleh kata mcm tempat rekreasi la, pantai pun cantik. Orchard Road - banyak tempat shopping spanjang jalan nie. Mustafa Complex - macam pasaraya Mydin di k.L, tapi kelebihannya barang2 semua original n murah2. Restoran Hajah Maimunah - satu2nya restoran melayu, lauk2 agak sedap spt asam pedas n ayam bakar.



Kat S'pore mesti kena shopping. Dengan berbekalkan $150, aku beli baju kemeja, t-shirt, kasut futsal (yg warna oren tu), keychain, jam tangan, perfume, n coklat. Ini bukan suke2 je nak shopping, ini shopping utk kperluan diri jugak...hahaha... Memandangkan aku g masa Krismas, bnyk saje sale, murah2 semua. Jadi aku x boleh tengok saja, mesti beli gak beb...huhuhu...

So aku rase ini saja yg aku boleh ceritakan pasal holiday aku kat S'pore. BIla lagi nak g sana, aku xtau, Tengok la kalau ada rezeki, boleh la g lagi. Kpd member2 yg rase nak g tu, g jelah. X rugi pon g S'pore nie...hehehe... Ok. Wasalam...