Thursday, September 10, 2009

Blog ku yg semakin usang~

Hahahaha....makin hari makin malas plak aku nak update blog aku nih

Agaknye makin busy kot, pastu xde benda nak dikongsikan kat blog aku ni

Sedih gak aku tgok blog aku nih, brhabuk gler~

Sape2 bole tolong updatekan x?? =p

Pape pun, aku nak ucapkan selamat berpuasa, berbuke n hari raye skaligus

Kalau aku ade buat open house ke aku heboh2 la kat sini yerk...=p Chow!

Friday, August 7, 2009

Cerita Baru!

Assalamualaikum w.b.t~

Lame btol aku x update blog aku ni, dah berhabuk jadinye aku tinggalkan...huhu... Arini aku citer la ape yg aku rase aku bole taip utk korang sumer...

16 Julai lepas, aku dah masuk balik U utk sem 3. Agak bosan sebab dah lame sgt duduk kat rumah brsenang lenang dgn internet, tv dsbgainyer. Balik je hostel terus mati akal sebab internet n tv dah xde, sbb tu la aku xleh nak update blog aku ni...huhu... Pasal result sem 2, menurun la plak. Kali ni aku dapat 3.84, turun 0.08 dari sem 1. Tapi xpe, asalkan aku x fail...syukur2...heheh... Utk sem 3 nie, aku rase subjek2nyer brtmbah tough dari sem2 lpas, mmg ade potensi utk mncabar kredibiliti aku sbgai seorg student engineering. Tapi yg penting kena study sebaik mungkin... Insya-Allah~

Cakap pasal H1N1 yg tgah kecoh skang ni, makin hari makin bnyk U yg kena tutup, baik UiTM, poly, sekolah2 dan lain2. Mulanya aku pun mcm rase best je kalau dpt cuti, tapi bile dipikir balik, cuti raya nnti gerenti kena potong utk digantikn dgn cuti due to virus H1N1 nie. Actually, UniKL MIAT pun dah ade student jd suspek virus bodoh ni, tapi still x kata kena tutup. Aku harap sgt U aku x kena tutup, duk umah pon nak buat ape, baik aku blaja...haha... Aku plak dah kena selsema, cuak la gak, tp aku rase ini just selsema biase2 jer. Kepada semua org yg terkena virus tu, aku doakan agar anda semua cpat sembuh... Insya-Allah~

31 Julai aritu, for the 1st time aku join g hiking Gunung Ledang. Aku join sbb nk dpt pngalaman daki2 gunung, n then ramai geng aku yg join skali, so x la rase bosan nnti. Agak 'sakit' la nak sampai puncak, dalam 5 jam lbeh kot baru sampai, blom nak turun lagi kena 4 jam lbeh lagi. Tapi alhamdulillah, pndakian kitorg xde pape masalah, semuanye brjalan dgn lancar...huhuhu... Aku malas la nak letak gambar kat blog ni, korg tgok la kat facebook aku ye kalau nak tgok...hehehe... Aku rase sampai sini jela aku leh citer, aku da xde bahan dah nak taip nie. Chow dulu... Assalamualaikum~ =D

Tuesday, July 7, 2009

Layu

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya melayu ke kanan

Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri


Aku lihat layu dalam Melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa


13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya-raya

Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Takkan Melayu hilang di dunia

Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Aku jadi sayu

Bunga menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai


Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai...

Thursday, July 2, 2009

Galacticos II - Menjadi Atau Tidak?

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid kini dalam usaha untuk membentuk Galacticos II dengan membeli beberapa pemain ternama dunia, tapi adakah dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia, kejuaraan dapat dicapai?


Baru-baru ini Kaka, Cristiano Ronaldo, Raul Albiol dan juga terbaru Karim Benzema telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid. Sasaran seterusnya adalah mungkin pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery yang juga telah menyatakan hasratnya untuk menjadi ahli Galacticos II sekiranya dia keluar dari Bayern Munich. Penyerang sensasi Valencia, David Villa juga dikatakan menjadi buruan Real Madrid.


Dalam usaha membentuk pasukan terhebat dunia, Real juga sedang berusaha untuk menjual pemain-pemain mereka yang dianggap tidak lagi diperlukan seperti Ruud van Nistelrooy, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan lain-lain yang kini menarik minat seluruh kelab-kelab ternama di seluruh dunia.


Tetapi, adakah dengan hanya mempunyai pasukan yang dianggap hebat dan digeruni, Real terjamin untuk memenangi Liga Sepanyol mahupun Liga Juara-Juara Eropah? Tentu sekali tidak. Faktor keserasian antara pemain adalah lebih penting. Jika tiada keserasian, agak sukar untuk sesebuah pasukan untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa yang lama. Latihan, strategi dan corak permainan yang diaturkan jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk skuad yang mantap. Real dalam beberapa tahun ini kerap kali bertukar jurulatih dan kini telah melantik jurulatih Chile, Manuel Pellegrini yang sebelum ini menguruskan Villareal.

Beliau telahpun berjaya membawa kelab lamanya menjadi antara kelab ternama di Sepanyol dan juga di Eropah, dan kini diberi tanggungjawab untuk meneraju Real Madrid pada musim ini. Adakah dengan reputasinya sebelum ini dapat menjamin kejayaan Real, atau pun beliau juga akan mengikut jejak langkah bekas-bekas jurulatih kelab tersebut? Musim baru bakal bermula dalam lebih kurang sebulan lagi. Sama-samalah kita lihat samada Real bakal berjaya ataupun sebaliknya. Sekian...Peace!

Monday, June 29, 2009

Cuti-cuti di Langkawi

From 22-25 Jun, kami berenam (aku, Berg, Tariq, Buu, Pa'an, Essot) telah 'menjajah' Langkawi dengan jayanya. Semua tempat kitorg g kot! Penat gler tapi best lah. Duit pun keluar jek mcm air paip, tiada lagi sifat saving dlm diri kat sane....hahaha... Aku pun mcm malas la nak taip banyak2, tengok jelah gmbr2 ni...hehehe...














Sunday, June 21, 2009

Off to Langkawi

Assalamualaikum~

Esok aku akan berlepas ke Langkawi untuk cuti2 Malaysia...hehehe...


Doakan aku dan rakan2 selamat pergi dan pulang
eh

Nanti bila aku balik aku post la citer aku kat Langkawi yer
..hihi

Gudbye~ Wassalam~:)

Tevez Out, Benzema In?




Carlos Tevez telah tekad untuk tinggalkan Man Utd walaupun kelab itu telah pun bersetuju dengan bayaran perpindahan Tevez yang bernilai 25.5 juta, kontrak 5 tahun dan juga mampu menjadi antara penerima gaji termahal di Man Utd. Tapi Tevez tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke kelab lain yang kini dikaitkan dengannya seperti Man City dan Chelsea. Oleh itu, Sir Alex Ferguson kini terpaksa mencari penyerang baru dan sasaran terkini ialah penyerang Lyon, Karim Benzema.

Benzema dikatakan sudah menjadi sasaran Man Utd sejak musim lalu dan dia juga diburu oleh kelab-kelab besar yang lain seperti Barcelona, Arsenal dan Real Madrid. Tetapi Lyon menyatakan bahawa Benzema berkemungkinan besar akan menyertai Man Utd jika kelab itu mendapat tawaran yang lumayan memandangkan Man Utd bersetuju menjual Ronaldo ke Real Madrid dengan rekod perpindahan 80 juta. Adakah Benzema akan menggantikan Tevez di Man Utd? Sama-sama lah kita tunggu...=p