Sunday, June 21, 2009

Tevez Out, Benzema In?




Carlos Tevez telah tekad untuk tinggalkan Man Utd walaupun kelab itu telah pun bersetuju dengan bayaran perpindahan Tevez yang bernilai 25.5 juta, kontrak 5 tahun dan juga mampu menjadi antara penerima gaji termahal di Man Utd. Tapi Tevez tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke kelab lain yang kini dikaitkan dengannya seperti Man City dan Chelsea. Oleh itu, Sir Alex Ferguson kini terpaksa mencari penyerang baru dan sasaran terkini ialah penyerang Lyon, Karim Benzema.

Benzema dikatakan sudah menjadi sasaran Man Utd sejak musim lalu dan dia juga diburu oleh kelab-kelab besar yang lain seperti Barcelona, Arsenal dan Real Madrid. Tetapi Lyon menyatakan bahawa Benzema berkemungkinan besar akan menyertai Man Utd jika kelab itu mendapat tawaran yang lumayan memandangkan Man Utd bersetuju menjual Ronaldo ke Real Madrid dengan rekod perpindahan 80 juta. Adakah Benzema akan menggantikan Tevez di Man Utd? Sama-sama lah kita tunggu...=p

1 comment:

ir torres said...

seson nih x ramai nak die!...
manyu jerk... reputation dah terok.. x cam dlu... 1st eleven france pon jarang main...

kalau nk bla epl pon.. baek join arsene wenger... manager france dieh...