Thursday, July 2, 2009

Galacticos II - Menjadi Atau Tidak?

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid kini dalam usaha untuk membentuk Galacticos II dengan membeli beberapa pemain ternama dunia, tapi adakah dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia, kejuaraan dapat dicapai?


Baru-baru ini Kaka, Cristiano Ronaldo, Raul Albiol dan juga terbaru Karim Benzema telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid. Sasaran seterusnya adalah mungkin pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery yang juga telah menyatakan hasratnya untuk menjadi ahli Galacticos II sekiranya dia keluar dari Bayern Munich. Penyerang sensasi Valencia, David Villa juga dikatakan menjadi buruan Real Madrid.


Dalam usaha membentuk pasukan terhebat dunia, Real juga sedang berusaha untuk menjual pemain-pemain mereka yang dianggap tidak lagi diperlukan seperti Ruud van Nistelrooy, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan lain-lain yang kini menarik minat seluruh kelab-kelab ternama di seluruh dunia.


Tetapi, adakah dengan hanya mempunyai pasukan yang dianggap hebat dan digeruni, Real terjamin untuk memenangi Liga Sepanyol mahupun Liga Juara-Juara Eropah? Tentu sekali tidak. Faktor keserasian antara pemain adalah lebih penting. Jika tiada keserasian, agak sukar untuk sesebuah pasukan untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa yang lama. Latihan, strategi dan corak permainan yang diaturkan jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk skuad yang mantap. Real dalam beberapa tahun ini kerap kali bertukar jurulatih dan kini telah melantik jurulatih Chile, Manuel Pellegrini yang sebelum ini menguruskan Villareal.

Beliau telahpun berjaya membawa kelab lamanya menjadi antara kelab ternama di Sepanyol dan juga di Eropah, dan kini diberi tanggungjawab untuk meneraju Real Madrid pada musim ini. Adakah dengan reputasinya sebelum ini dapat menjamin kejayaan Real, atau pun beliau juga akan mengikut jejak langkah bekas-bekas jurulatih kelab tersebut? Musim baru bakal bermula dalam lebih kurang sebulan lagi. Sama-samalah kita lihat samada Real bakal berjaya ataupun sebaliknya. Sekian...Peace!

No comments: