Friday, January 2, 2009

Holiday@Singapore

Assalamualaikum... Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Singapore, 1st time gak ke oversea (oversea la sgt). Nak g S'pore mesti kena buat passport dulu. RM300 satu passport, mahal beb! (tapi dgr cter nak turun harga). Selama aku di S'pore (25-28 Dec), mcm2 yg aku boleh cakap pasal S'pore nie.



Kalau nak dibandingkn dgn Malaysia, S'pore jauh lagi bersih. Agak susah nak jumpa sampah; tepi jalan, gerai makan, longkang, kat mana2 pun. Kalau jumpa tu nasib jelah...huhu... Then, S'pore ni banyak one way (jalan sehala). So kalau xtau jalan tu mmg sesatla jawabnya. Boleh kata tiap2 hari sesat, walaupun ada map. Then, spanjang aku ada kat highway, bersepah saja kereta2 mewah kat atas jalan. Kalau x Mitsubishi, Honda, x pon Toyota. Model kereta pon kbnyakannya yg kita semua x pernah nmpak. Agak loaded la org2 S'pore nih.


Org2 S'pore nie kebanyakannya yg aku nmpak org cina. Melayu agak kurang gak kat sana. Ada saja tempat2 menarik yg aku g kat sana contohnya Orchard Road, Pulau Sentosa, Mustafa Complex n Restoran Hajah Maimunah. Pulau Sentosa - boleh kata mcm tempat rekreasi la, pantai pun cantik. Orchard Road - banyak tempat shopping spanjang jalan nie. Mustafa Complex - macam pasaraya Mydin di k.L, tapi kelebihannya barang2 semua original n murah2. Restoran Hajah Maimunah - satu2nya restoran melayu, lauk2 agak sedap spt asam pedas n ayam bakar.



Kat S'pore mesti kena shopping. Dengan berbekalkan $150, aku beli baju kemeja, t-shirt, kasut futsal (yg warna oren tu), keychain, jam tangan, perfume, n coklat. Ini bukan suke2 je nak shopping, ini shopping utk kperluan diri jugak...hahaha... Memandangkan aku g masa Krismas, bnyk saje sale, murah2 semua. Jadi aku x boleh tengok saja, mesti beli gak beb...huhuhu...

So aku rase ini saja yg aku boleh ceritakan pasal holiday aku kat S'pore. BIla lagi nak g sana, aku xtau, Tengok la kalau ada rezeki, boleh la g lagi. Kpd member2 yg rase nak g tu, g jelah. X rugi pon g S'pore nie...hehehe... Ok. Wasalam...



3 comments:

Ruzaini Rahin said...

meriah juge tuh...jom kau gi ngan aku skali lagi..nak tak? but self sponsor la..huhuhu =P

NazzReyn said...

self sponsor? tgok dulu duit mara mncukupi ke x..haha

. . . h u s n a . . . said...

best2... huhu... aku yg duk kt ngan jb nih pun x g sne lg... :p
sowie ar, agak bz ar skrg nih....