Saturday, January 24, 2009

Darah Terus Bersimbah di Palestin

Tiada gambaran dan perkataan yang dapat diberikan untuk menilai kekejaman dan kerakusan Israel berikutan keganasan terbaru yang dilancarkan mereka kepada penduduk Palestin.

Kekejaman mereka kali ini umpama mendendangkan kembali lagu lama yang dijadikan alasan untuk melancarkan perang terhadap penduduk Palestin yang sememangnya tidak memiliki sebarang keupayaan untuk menyerang balas.

Impian untuk menduduki dan memiliki wilayah Israel merdeka dengan mengorbankan rakyat Palestin yang tidak berdosa sememangnya tidak pernah luput dari matlamat mereka selama ini.

Sekian banyak alasan dan dakwaan dinyatakan untuk membenarkan kekejaman mereka berterusan termasuklah menjadikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai boneka tunggangan mereka.

Bangsa Israel telah terbukti hebat! Keupayaan mereka dalam berurus niaga, merancang strategi dan kewangan sekali gus mengawal dunia secara belakang tabir sememangnya terbukti unggul.

Namun darah pembunuh dengan sifat antagonis yang meluap mengakibatkan kehebatan mereka ini terkubur tanpa sebarang makna.

Sejak bermulanya sejarah kekejaman mereka terhadap penduduk Palestin pada 14 Mei 1948, pelbagai alasan dan fitnah ditebarkan untuk menafikan kekejaman yang telah dilakukan.

Gagal

Pelbagai perang, konflik dan perjanjian damai telah dimeterai namun ia gagal merobek keegoan Israel untuk menilai kembali kekejaman dan pertumpahan darah yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Apakah nasib mereka yang tanahnya dirampas, kehormatan dan kedaulatan yang dicabul, penduduknya dibunuh dengan kejam tanpa mengenal usia dan jantina akan terus diperkotak-katik atas nama kerakusan dan keegoan bangsa Yahudi yang tidak pernah penat melakukan kekejaman.'

Apabila Israel sekali lagi melancarkan kekejaman mereka bermula Sabtu lepas, sememangnya tidak ramai yang meloncat, tiada kejutan, tiada keluhan, tiada lagi tangisan.

Watak sebenar Yahudi kembali mewarnai dunia seperti yang pernah berlaku sejak sekian lama sebelum ini.

Drama bacul PBB dan Amerika Syarikat (AS) sebagai badan pengawas dan polis dunia sekali lagi ditayangkan kepada tontonon dunia.

Dunia hanya mampu mengecam dan terus mengecam tanpa sebarang tindakan dan langkah yang mampu menyelesaikan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.

Akhbar sekali lagi akan terus melaporkan kekejaman yang berlaku dengan pelbagai gambar mangsa keganasan dipertontonkan untuk tatapan dan ratapan orang ramai.

Umat Islam di seluruh dunia hanya mampu meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini melancarkan protes, mengadakan bantahan, menyerahkan memorandum, menghantar bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi.

Semua tindakan ini telah dilakukan dan sekali lagi berlaku tanpa banyak perubahan yang nyata.

Sehingga kini lebih 500 penduduk Palestin telah terkorban dan ribuan lagi cedera akibat kekejaman Israel.

Nasib penduduk Palestin tetap sama, menjadi kekejaman dan kerakusan oleh golongan manusia yang bertopengkan haiwan bernama Yahudi.

Ratapan demi ratapan dan kekesalan tidak berkesudahan ini tidak mampu merubah apa-apa apa yang perlu semangat dan iltizam yang kuat dan utuh untuk mengubah sejarah dan kerakusan Israel yang boleh mengubah semua drama ini dari berterusan.

Namun sekali lagi kita bertanya kepada diri sendiri dan saudara kita yang beragama Islam, mampukah kita melakukannya.....


P/S - Artikel dipetik dari http://www.ipislam.edu.my



1 comment:

syazwan akid said...

petik je xde makne bang..
kne komen akit. hahah