Saturday, March 21, 2009

UCL Quarter Final Draw

Oi! Relax ah cameraman kalau iye pun!

Undian UCL untuk 1/4 final dah pun dibuat pada pukul 7 mlm tadi (waktu M'sia) kat ESPN Sportcenter. Match pertama dapat disaksikan kelab Sepanyol, Villareal akan berjumpa Arsenal. Dua2 team ni bagi aku agak similar, tapi dua2nya ada corak permainan yg berlainan. Dorg ni pernah jumpa kat semi final tahun 2006 di mana Arsenal layak ke final tapi tewas dengan Barcelona. Aku merasakan match ini akan menjadi sengit dan menarik di samping pertemuan Robert Pires dgn kelab lama dia.

Match kedua merupakan pertemuan Man Utd dgn FC Porto, team yang pernah kalahkan Man Utd di Old Trafford semasa di bawah kendalian Jose Mourinho. Porto sekarang ni taklah segempak 4-5 tahun dulu di mana dorg telah jadi juara UCL. Kalau dilihat dari segi kualiti pemain, Man Utd nampak lebih kuat dari Porto dan mungkin mereka boleh menewaskan Porto tanpa menggunakan seluruh kekuatan mereka, tapi seharusnya Man Utd kena berhati-hati dan wajib menghasilkan gol yg banyak di tempat sendiri utk menjamin tempat ke semi final.

Match ketiga pula macam perlawanan ulangan antara Liverpool dengan Chelsea. Dorg ni dah selalu jumpa dalam UCL, season ni pun nak jumpa lagi. Nampak sgt jodoh dorg ni kuat. Liverpool yang sekarang ni semakin bersemangat kalahkan kelab2 besar dan dicop berlagak, akan berjumpa dgn Chelsea yg aku nampak dah improve sikit di bawah manager yg 'magik', Guus Hiddink. Hiddink memang tak boleh dipandang rendah setelah membawa kejayaan pada negara2 yg tak berapa hebat (Korea, Australia, Russia). Aku rasakan match ni juga akan jadi menarik, dan aku tak boleh nak ramal siapa yg akan layak ke semi final.

Last sekali, match antara dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan FC Bayern. Barcelona sekarang tengah top kat Spain dan FC Bayern juga top kat Jerman. Sememangnya match ni agak menarik memandangkan Barca dengan slamber je menjinakkan Lyon, dan Bayern juga sudah terlebih jinakkan Sporting dengan membedal 11 gol agregat. Match ni jugak aku tak boleh ramal sapa pemenangnya sebab dua2 sama2 hebat, kuat dan gempak. Apa2 pun, kita tunggu dan lihat siapa yg layak ke semi final. Wasalam~

1 comment:

ir anep said...

huhu.. dicop 'belagak' yea..
itu sume mulut2 longkang kosmo jek, (lidah rasmi MANYURE).. hehe... wait n see..