Kata ustaz, ada seorg hamba Allah tu dah hampir nak mati tapi sayangnye amal baiknya kurang. Maka dia pun berpesan kepada warisnya supaya kebumikan dia dengan kain buruk dan bukan kain kapan yang baru supaya malaikat Munkar dan Nakir akan mnyangkanya mayat yg sudah lama ada di situ (di dalam kubur) dan trselamatlah dia dari soal kubur.
Kesimpulannya, sendiri mau ingatla bang. Jgnlah kita mmpermainkan kebijaksanaan malaikat. Kain buruk ke, kain baru ke, kain batik ke, semua yg tlah mati tidak akan terlepas dari soal kubur. So bnyakkan la amalan selagi hayat dikandung badan, usahlah nak bertangguh lagi...
Kata ustaz lagi, dia ditanya seorg hamba Allah. Di dalam kubur nanti kita akan ditanya dengan soalan kubur. Soalan pertama ialah 'Maarobbuka?' (Siapa Tuhan kamu?). Jadi, bagaimana kita hendak faham dan bagaimana hendak mnjawab dalam bahasa Arab ketika masih hidup?
Jawapannya, memang tak semua di antara kita yg memahami bahasa Arab. Sepatutnya kita perlu tahu sdikit sbanyak bahasa Arab cntohnye makna bacaan dlm solat fardhu. Mengenai soalan kubur trsebut, sememangnya bukan mulut kita yg mnjawab soalan trsebut tetapi amalan kita. Jadi soal tahu atau tidak bahasa Arab tu tidak timbul kerana semua insan akan mnjawab soalan dlm bahasa Arab dgn sendirinya kerana itu sudah ditentukan-Nya. Renung2kanlah...=]
No comments:
Post a Comment