From 22-25 Jun, kami berenam (aku, Berg, Tariq, Buu, Pa'an, Essot) telah 'menjajah' Langkawi dengan jayanya. Semua tempat kitorg g kot! Penat gler tapi best lah. Duit pun keluar jek mcm air paip, tiada lagi sifat saving dlm diri kat sane....hahaha... Aku pun mcm malas la nak taip banyak2, tengok jelah gmbr2 ni...hehehe...
Carlos Tevez telah tekad untuk tinggalkan Man Utd walaupun kelab itu telah pun bersetuju dengan bayaran perpindahan Tevez yang bernilai 25.5 juta, kontrak 5 tahun dan juga mampu menjadi antara penerima gaji termahal di Man Utd. Tapi Tevez tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke kelab lain yang kini dikaitkan dengannya seperti Man City dan Chelsea. Oleh itu, Sir Alex Ferguson kini terpaksa mencari penyerang baru dan sasaran terkini ialah penyerang Lyon, Karim Benzema.
Benzema dikatakan sudah menjadi sasaran Man Utd sejak musim lalu dan dia juga diburu oleh kelab-kelab besar yang lain seperti Barcelona, Arsenal dan Real Madrid. Tetapi Lyon menyatakan bahawa Benzema berkemungkinan besar akan menyertai Man Utd jika kelab itu mendapat tawaran yang lumayan memandangkan Man Utd bersetuju menjual Ronaldo ke Real Madrid dengan rekod perpindahan 80 juta. Adakah Benzema akan menggantikan Tevez di Man Utd? Sama-sama lah kita tunggu...=p
Aku dah abis final exam la weh!! Setelah sekian lama menempuh pelbagai rintangan dan menahan kesabaran akibat cemburu kerana rakan2 yg lain sudah pun bercuti dahulu, akhirnya dapat pun cuti!! Amik ko!!Yeeaarrgghhh~
Award tagging la pulak yer.... Benda ni dua org yg bagi kat aku iaitu rahman n izni.... So aku x boleh mnghampakan prmintaan dorg nih...huhuhu
Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda. okeh....settle~
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
memandangkan 2 org yg bagi bnde nih, so aku kena buat utk 2 org la...huhuhu
1st skali encik rahman. dia nih antara mmber aku kat teknik ar, tp aku x ingt la cmner aku start knal die dulu...hahaha... tp yg pnting dia ni same dgn aku in kadet bomba n dak nasyid skolah... x silap aku dia ni hebat gak la, dak uia kan mesti la gempak kan...hehehe
2nd plak ialah cik izni. dia nih mmber tikl aku gak. dia ni pun aku x ingt cmner aku leh kwn dgn die....hahaha... sory la izni yerk. dia ni garang tapi baik ati n bijak bestari....promote gitu...kih3...
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
1. suke tido 2. fast eater (hnya mngmbil masa yg singkat utk mnghabiskan makanan) 3. suke buat lawak mrapu kot....yeker?? 4. suke muzik 5. bercita2 nak blaja main drum satu hari nanti (geram plak tgok org ketuk2 drum) 6. masih single (kire fakta la tu kan??) 7. amat giler dalam bab bola sepak (glory2 man utd~) 8. giler tempe n durian (ngap ngap!!) 9. suke brangan...hahaha 10. nak jadi insan yg berjaya di dunia n akhirat...amin~
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
mangsa2nya adalah.....
a) Fariza Adyani b) Syazwan Akid c) Monalisa Mokhtar d) Ruzaini Rahin e) Syazana a.k.a Pisey f) Alymia Nelyza