Tuesday, May 8, 2012

GERMAN DELI IMBISS!!





Assalamualaikum bloggers!


Hari ini aku nak post pasal last week, aku pegi makan2 dengan abang aku, gf dia dan adik aku kat German Deli Imbiss. Apekebende tu? Kalau tanya aku pun aku tak tau sebab ni first time aku makan sini, dan aku malas nak explore lebih pasal restoran ni..hehe..


Restoran ni kat Ampang, boleh kata dekat2 Ampang Sportsplanet la. Siapa2 yang selalu main futsal kat situ, rasanya takde masalah kot nak ke tempat ni. Restoran ni dengar cerita ada satu je dalam Malaysia ni! Kiranya takde francais lain la, so kalau nak try kat Ampang jelah ada.


Apa jenis makanan ada kat sini? Haaaaa...restoran ni restoran western la senang cerita. Menu utama kat sini adalah burger, hotdog, steak, chicken chop, etc. Bagi aku puas hati gak makan kat sini, salah satu sebab utama SEDAP, dan satu lagi harga dia berpatutan jugak la. Bayangkan hotdog yang panjangnya lebih kurang panjang lengan korang, harga dia RM16++? Ok la tu kan, standard makan fastfood la..hehehe.. Aku pun hari tu makan burger n hotdog, tersandar terus. HAHA. Kalau rasa2 nak explore sikit pasal tempat makan ni, google je 'German Deli Imbiss', pastu pandai2 la cari ye. :P


So macam biasa la, adalah gambar sikit untuk tatapan kome sumer. Siapa2 rasa nak try makan kat sini, bawak la sekali family or member2, sebab bagi aku memang berbaloi..hehe.. OK that's all for today. Chowww~




















Friday, March 16, 2012

PHOTOSHOOT PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua!

Macam biasa lah, lama gila x update blog..hehe.. Hari ini saje nak share dengan blogger2 gambar2 yg aku snap di sekitar Putrajaya, atau lebih detail lagi sekitar Masjid Putra. Niat asalnya nak ikut abang ipar aku pegi tengok Hot Air Balloon. Alang2 D90 aku pun dah lama x beraksi, memang elok la aku join sekali. Tapi akhirnya hampa, sebab rupanya kitorang dah salah date! Date yg sebetulnya is from 15th to 18th March 2012, it means that the another week la, bukan this week...HAHAHA~ Nak sedapkan hati, snap la gambar2 sekitar masjid ni, at least ada la jugak aktiviti ye tak. So, di bawah ni lah gambar2 yg aku capture, x banyak pun..hehehe..















Sunday, January 29, 2012

KL KOSANOSTRA!


Assalamualaikum bloggers!

15 January 2012. Kiranya this is my first unplanned assignment la, amik gambar2 sekitar KL atau lebih tepat lagi, area Jalan TAR dan juga Masjid India. Dah beli DSLR ni kena jugak la test skill kita jauh mana kan. So ini jelah yang mampu di-capture oleh aku bila ada di KL. Anyway, aku baru tau yang aku still tak habis explore KL ni. Harap je surat beranak lahir kat KL. HAHA~

















Saturday, January 21, 2012

MY NEW HOBBY

Assalamualaikum semua!


Haha bukan main lama lagi nak update blog sendiri. Elok tutup jela blog ni, tapi bila pikir2 balik sayang la pulak kan, so aku pun update jela. Bila pikir2 nak update pasal apa, finally aku dapat idea gak iaitu pasal hobi baru aku, that is PHOTOGRAPHY!


Setelah sekian lama mengidam DSLR, dengan penat lelah kumpul duit elaun, akhirnya dapat jugak sebijik Nikon D90 masa hujung2 tahun 2011. Actually D90 dah stop production due to masalah bencana kat Jepun, so amat susah nak cari kat kedai sekarang ditambah pulak dengan banyak demand dari orang ramai. Akibatnya 2-3 kedai kat The Mines aku pegi, semuanya kata stok habis. But luckily ada 1 kedai kat level 4, tinggal 1 je D90 if I'm not mistaken. Alhamdulillah. Grab jela terus sebelum orang lain grab kan. Rezeki2...huhuhu...


So dengan adanya DSLR baru ni, nampak gayanya aku update blog aku ni dengan gambar2 jelah pasni. Nak pikir idea nak menaip malas, oleh itu letak gambar2 pun jadilah kan? Cukup syarat apa. HAHA. Anyway, ini adalah antara gambar2 yang aku snap. Still baru lagi kan dalam dunia fotografi ni kan, so diharap adalah yang komen or tegur. Hehe.










P/s:- Agak2 nanti kalau bosan2 boleh la cari duit amik gambar orang kawin...hahaha~

Wednesday, June 29, 2011

ANGRY BIRDS!!


 Assalamualaikum to all bloggers~ =)


Cakap pasal Angry Birds ni, rasanya memang majoriti dalam Malaysia atau pun satu dunia ni dah tahu dengan penangan game ni. Boleh kata ramai yang dah main dan juga melekat dengan game ni berjam-jam. Sedangkan aku pun pernah terjebak dengan Angry Birds, tipulah kalau korang main game ni kurang dari setengah jam saje..hahaha..

As we know, Angry Birds ni pada awalnya starting dari game dari iPhone or phone2 Android, it means that orang-orang yg ada iPhone jela yg kenal dengan Angry Birds. So boleh nampak la mereka duk tonyoh-tonyoh iPhone mereka main game tu. Lama-lama member yg geram kat sebelah mula la nak merasa main sekali. Bila keadaan dah makin merimaskan, Angry Birds finally muncul dengan installer yang boleh di-install dalam laptop. Such a relief kepada pemilik iPhone sebab penyibuk2 semua dah main kat laptop masing-masing...huhu...


Gameplay Angry Birds

Apa yg best sangat dengan Angry Birds ni sampai ramai orang gila dengan game ni? Hmm bagi aku it's only a simple game, bunuh-bunuh babi hijau dengan melastik burung-burung yg disediakan. Tapi apa yg membuatkan kita melekat dengan game ni adalah bilamana kita x dapat bunuh semua babi hijau, mula la rasa bengang.."apsal lah aku tembak x kena2 je ni~", oleh itu makin tinggi la semangat juang untuk lepas level tu, dan akan keep trying sampai la berjaya. Pastu bila dah lepas tu, mula la rasa macam nak go to next level, tengok2 level ni pun x lepas-lepas, memang lama lagi la korang ngadap Angry Birds tu. In case 1 level yang agak susah ambil masa 10 minit untuk lepas, kalau 3 level mau ambil masa setengah jam. Senang-senang je setengah jam tu habis..hohoho..


Angry Birds menyerang KL!

So, boleh kata game ni agak berhantu jugak la, kalau x berhantu mana nak adanya 'World's Biggest Angry Birds Playground' yang baru-baru ni buat kat Lowyat. Tak boleh nak bayangkan betapa ramainya manusia kat sana. Siap masuk Guinness World Record lagi, jangan main-main bro..huhuhu.. Nasib baik la aku dah khatam game ni awal-awal, kalau x aku mesti dah join playground kat Lowyat tu..hehe.. Then bila jalan-jalan kat uptown, bersepah dah orang jual patung-patung Angry Birds, t-shirt, sticker dan sebagainya. Fuhh nampak kan penangannya? Aku pun tak pernah expect game ni akan jadi fenomena satu dunia. Orang yg buat game ni dah tentu bangga gila, yelah satu dunia main game dia..huhuhu..


Anak patung Angry Birds..comel kan? macam nak tumbuk2 je~


Ok lah, aku pun dah mengantuk, need to sleep sudah. Sape2 yg tengah main Angry Birds lagi tu, udah2 la tu, bawak2 la tido yer..hehe.. Pape pun before tido, jom usha jap video best pasal Angry Birds kat bawah ni.. Gudnite!