Thursday, December 25, 2008

Out to Singapore

Assalamualaikum... Saya tiada di Malaysia mulai 25 hingga 28 Disember kerana menghadiri mesyuarat mengenai projek kolam ikan emas di Singapura. So kepada sesiapa yg ingin mengirim barang2 di sana, sila mesej pada nombor maxis saya. Harap maklum... (Gimik jer tu, padahal nak g holiday jek..hehehe..=p)

Monday, December 22, 2008

Juara Dunia

Yes! Akhirnya team faveret aku telah menjuarai FIFA Club World Cup dengan kemenangan 1-0 ke atas juara Copa Libertadores, Club de Quito hasil jaringan Wayne Rooney minit ke-73. Kini Man Utd bergelar juara England, juara Eropah dan juara dunia. Tahniah kpd Manchester United! Ngko mmg terer! Aku pun suka! Huahuahuahua...!!


P/s:- Pesanan kpd anep... Liverpool ade ke mnang cup nih?? Blom lg kan?? kih3... (Anep, jgn panas keyh, nnti aku blanja cendol..kui3)

Saturday, December 20, 2008

Kata Ustaz

Kata ustaz, ada seorg hamba Allah tu dah hampir nak mati tapi sayangnye amal baiknya kurang. Maka dia pun berpesan kepada warisnya supaya kebumikan dia dengan kain buruk dan bukan kain kapan yang baru supaya malaikat Munkar dan Nakir akan mnyangkanya mayat yg sudah lama ada di situ (di dalam kubur) dan trselamatlah dia dari soal kubur.

Kesimpulannya, sendiri mau ingatla bang. Jgnlah kita mmpermainkan kebijaksanaan malaikat. Kain buruk ke, kain baru ke, kain batik ke, semua yg tlah mati tidak akan terlepas dari soal kubur. So bnyakkan la amalan selagi hayat dikandung badan, usahlah nak bertangguh lagi...

Kata ustaz lagi, dia ditanya seorg hamba Allah. Di dalam kubur nanti kita akan ditanya dengan soalan kubur. Soalan pertama ialah 'Maarobbuka?' (Siapa Tuhan kamu?). Jadi, bagaimana kita hendak faham dan bagaimana hendak mnjawab dalam bahasa Arab ketika masih hidup?

Jawapannya, memang tak semua di antara kita yg memahami bahasa Arab. Sepatutnya kita perlu tahu sdikit sbanyak bahasa Arab cntohnye makna bacaan dlm solat fardhu. Mengenai soalan kubur trsebut, sememangnya bukan mulut kita yg mnjawab soalan trsebut tetapi amalan kita. Jadi soal tahu atau tidak bahasa Arab tu tidak timbul kerana semua insan akan mnjawab soalan dlm bahasa Arab dgn sendirinya kerana itu sudah ditentukan-Nya. Renung2kanlah...=]

Wednesday, December 17, 2008

Dari English ke Bahasa Malaysia

Kita selalu guna sesetengah faveret words english dalam percakapan kita, maybe bunyinya lebih best atau canggih. Cuba kita ubah words english yang kita selalu guna ke bahasa Malaysia. Agak2nya janggal x bunyinya?


a.i) John, kenapa air-cond kita nie x berapa sejuk haa??
a.ii) John, kenapa penghawa dingin kita nie x berapa sejuk haa??

b.i) Bang, ada jual prepaid maxis RM10 x?
b.ii) Bang, ada jual prabayar maxis RM10 x?

c.i) Alamak, handphone aku buat hal lagi!! Setaann!!
c.ii) Alamak, telefon bimbit aku buat hal lagi!! Setaann!!

d.i) Mat, mouse aku rosak la, pinjam ko punyer jap
d.ii) Mat, tetikus aku rosak la, pinjam ko punyer jap

e.i) Kawan2, aku dah beli laptop baru! Jangan jeles...auuww!!
e.ii) Kawan2, aku dah beli komputer riba baru! Jangan jeles...auuww!!

f.i) Zul, hulurkan aku screwdriver yang besar tu
f.ii) Zul, hulurkan aku pemutar skru yang besar tu


Janggal x janggal, koghang try la sendiri yerk...hehehehe...


Jangan Bagitau Abah

Pada satu petang yang bosan, Rahmat dan adiknya Murad bercadang untuk mengisi masa lapang mereka...

Rahmat : Eyh Murad, jom g tangkap berudu nak?
Murad : Weh mane boleh, kan berudu tu kotor abah cakap
Rahmat : Kita g senyap-senyap laa, mane die tau... Jom lah!
Murad : Tak boleh woo, abah kata kalau nak g mane-mane kena bagitau dia dulu
Rahmat : Kalau bagitau dia, mesti dia tak bagi punya. Ape ke bengong ko nih
Murad : Ala kita cakap la kita nak tangkap benda lain, bukan tangkap berudu...
Rahmat : Ha'ah, betul gak. Mesti dia bagi punya. Kau la g bagitau abah
Murad : Okeh!!

Murad pun pergi berjumpa dengan abahnya...

Murad : Abah, kitorang nak g tangkap anak katak...
Abah : OI!! MASUK RUMAH SEKARANG GAK!!!!

Sunday, December 14, 2008

Hohohoho...holiday!

Yeah! Setelah bertungkus-lumus study bagai nak gila for final, akhirnya cuti sem pun muncul. Dengan berbekalkan cuti sebulan, aku nak lepak rumah jek, rest abis-abisan. Tapi ada gak plan yang diatur masa aku cuti nih, mau mati gak otak aku duk umah jer lama2...huhuhu...


Plan2 yg tgh bermain dlm otak:-
- tunggu duit MARA (jumlahnya dirahsiakan)
- tengok semua movie yg ade kat wayang skang
- turunkan berat badan (mission impossible...)
- beli kasut futsal baru
- beli fon baru (pasni kene curik lagi xtau la aku...)
- cari gf (hihihihi...)


Maybe segelintir dr plan2 ni xkan jadi punyer, especially yg paling last tu, sebenarnye berkurun lagi boleh dapat tu..huhu.. Apa yg penting, duit MARA aku kene dpt dulu, baru la bab2 membeli ni boleh dijalankan. Maka dgn ini saya akhiri dgn... Jom Kita Enjoyy!!! (buat gaya nora danish sket)